Thursday, July 23, 2009

BILA ANAK EMAS (HUSAM MUSA) TERAWAL KELUAR FATWA, NIK AZIK MEMBISU TANPA KATA !!!!! NIZAR MEMALUKAN ULAMAK!!!!!!!!!


Utusan Malaysia, 23 Julai 2009

KOTA BHARU 22 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan menjawab cabaran daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir supaya mengeluarkan fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin di Ipoh, Jumaat lalu.

Alasan yang diberikan Nik Abdul Aziz yang dianggap sebagai 'ulama besar' dalam Pas itu ialah kenyataan itu dikeluarkan oleh orang politik dan tidak ada kena mengena dengan fatwa Islam.

"Zambry ini orang politik bukan orang kaji Islam, apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun (beliau) tak pakai, itu pandangan saya.

"Dia orang politik, saya jawab cara politiklah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Zambry yang meminta ulama dalam Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama, maka adalah wajar untuk golongan ulama Pas memberi penjelasan mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu menyertai majlis sedemikian.

Mohammad Nizar Jamaluddin (tiga dari kiri) bersama Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya, Nga Kor Ming (kanan) memegang lilin ketika bertafakur pada majlis memperingati kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Zambry yakin ulama Pas seperti Nik Abdul Aziz atau Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pastinya mempunyai penjelasan terhadap tindakan Mohammad Nizar itu.

Semalam, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa mempertahankan tindakan Mohammad Nizar kerana ia tidak menyalahi tindakan ajaran Islam kerana ia sekadar tanda bantahan terhadap kejadian yang menimpa Beng Hock.

Sebelum ini, Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuh pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan memegang lilin seperti itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Sementara itu, pemberita yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut mengulangi soalan berkenaan yang meminta Nik Abdul Aziz memberikan pandangannya mengikut hukum Islam tentang tindakan Mohammad Nizar tetapi Menteri Besar Kelantan itu menyatakan hanya itu jawapannya.

"Zambry yang bertanya.... usah akan fatwa Islam, fatwa demokrasi pun (beliau) tak pakai, siapa yang halau Menteri Besar dan rampas Dewan, tiap-tiap wakil rakyat yang masuk Dewan (Undangan Negeri) melalui mengundi dan bukan melalui sogok," katanya.

Wakil media yang masih tidak berpuas hati sekali lagi membangkitkan soalan yang sama sambil cuba memberikan penerangan yang lebih lengkap, Nik Aziz hanya menjawab: "Biar dulu, itu jawapan saya," katanya.


Komen Sensei:

Bila anak emas sendiri dah keluarkan fatwa, Nik Aziz langsung tak berani untuk mengeluarkan fatwa-fatwa agamanya, walaupun anak emas itu cetek dari segi hakam hukum agama Islam. Kita nak juga dengar apa komen Nik Aziz bila Mufti katakan tindakan Nizar itu HARAM!!!

Mesti dia akan kata, itu Mufti UMNO. Lambat laun, tanpa beliau sedari umat islam penyokong PAS sedikit demi sedikit terpesong akidah mereka, nauzubillah...

Dan di Manik Urai baru2 ni pun, Sensei lihat bukan semua orang PAS sembahyang subuh.. Apa nak buat, siapa makan cili, dia rasa pedas, dan jangan nak tegakkan benang yang dah basah!!!!

Wednesday, July 15, 2009

PENTAS PEMUDA SEMAKIN HANGAT!!!!!

Khairy bukannya liabitili seperti yang dimomokkan oleh pemimpin prejudis dalam UMNO, beliau telah buktikan sokongan golongan pemuda semakin meningkat apabila dia dibenarkan turun berkempen, walaupun disekat sebelum ini.

Terima kasih Presiden UMNO dan Timb. Presiden UMNO yang tau mana kaca dan permata...



Lagi video di:

1. Suara Pemimpin
2. KJTV - Saluran Khairy Jamaluddin

Friday, June 26, 2009

SUARA KHAIRY SUARA RAKYAT, MASALAH PINJAMAN TEKUN SELESAI...TAHNIAH!!!!

Uusan, 26 Jun 2009; Bajet Mara, TEKUN ditambah

KUALA LUMPUR 25 Jun - Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menerima peruntukan tambahan masing-masing sebanyak RM550 juta dan RM100 juta bagi membantu pelajar dan usahawan bumiputera.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, peruntukan tambahan itu dibuat berikutan banyak aduan yang diterima berkaitan ketidakmampuan kedua-dua agensi itu mengeluarkan pinjaman kerana kehabisan peruntukan.

''Kita ambil peruntukan ini daripada dana sedia ada yang tidak habis dibelanjakan oleh pihak-pihak lain. Oleh itu, kita tidak perlu membuat pembentangan baru untuk diluluskan di Dewan Rakyat.

''Kita akan salurkan peruntukan ini dengan segera walaupun dalam situasi kelembapan ekonomi dunia yang memaksa kerajaan berjimat-cermat kerana mengutamakan usaha membantu kaum bumiputera," katanya.

Beliau menggulung perbahasan usul Kementerian Kewangan mengenai peruntukan pengurusan beberapa kementerian ekoran penyusunan semula Kabinet pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Semalam ketika sesi perbahasan usul itu, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) meminta peruntukan Mara ditambah setelah beliau menerima banyak aduan daripada pelajar bumiputera cemerlang bahawa mereka tidak mendapat pembiayaan walaupun setelah diterima masuk ke universiti terkemuka luar negara.

Pada 13 Jun lalu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin juga melahirkan rasa kesal kerana peminjam TEKUN yang diluluskan permohonan mereka gagal menerima wang yang dipohon.

Menurut Khairy, beliau juga amat dukacita kerana terdapat peminjam TEKUN yang diberikan cek tetapi tidak dapat menunaikannya dan situasi itu jika berterusan akan merencatkan usaha untuk menjana ekonomi usahawan kecil dan sederhana.

Dalam pada itu, Awang Adek berkata, kerajaan yakin Mara dan TEKUN akan terus dapat berfungsi dengan berkesan berikutan wujud keserasian dengan kementerian baru.

Setelah pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), kedua-dua agensi itu masing-masing dipindahkan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

''Pembubaran ini dilakukan bukan kerana MECD tidak berkesan sebaliknya disebabkan berlaku pertindihan fungsinya dengan beberapa kementerian lain.

''Sebab lain ialah wujud salah tanggapan bahawa hanya MECD yang membantu bumiputera, jadi dengan pembubarannya kita berharap semua kementerian akan sama-sama membantu selaras dengan dasar mewujudkan keseimbangan antara kaum dalam bidang ekonomi dan pendidikan," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Kerajaan Pusat tidak membayar royalti minyak kepada Kelantan berikutan cari gali petroleum yang dijalankan berhampiran pantai negeri itu terletak di kawasan pertindihan sempadan.

Menurut beliau, cari gali itu membabitkan dua telaga minyak dengan projek pertama membabitkan usaha sama antara Malaysia dengan Thailand di kawasan 150 kilometer (km) dari pantai Kelantan.

Beliau berkata, telaga kedua melibatkan usaha sama Malaysia dengan Vietnam membabitkan kawasan tuntutan bertindih yang terletak 200 kilometer dari pantai negeri itu.

''Mengikut kebiasaan apabila cari gali ini melibatkan kawasan yang wujud tuntutan bertindih, maka ia dianggap perkongsian antara dua negara dan bukannya hak milik negeri.

''Ini berbeza dengan Terengganu yang dibayar royalti kerana cari gali minyak dilakukan di kawasan yang tidak berlaku tuntutan bertindih yang terletak 80 kilometer dari pantai negeri berkenaan," jelasnya.

Thursday, May 28, 2009

RASUAH SUDAH MENULAR DALAM PAKATAN RAKYAT ~ malaysiakini


Adam Jalil

Membaca laporan Malaysiakini.com [VoxPop: Money politics or bullshit? So, is Pakatan Rakyat trying to ‘bribe' her to contest? The Malaysian Anti-Corruption Commission will act with their lightning speed especially on cases involving opposition parties] memberi satu kesimpulan yang jelas bahawa Anwarisme telah melarut dan menjadi unsur terpenting dalam perjuangan menentang korupsi, kebebasan media dan kebebasan bersuara.

Kumpulan ini bukanlah begitu memperjuangkan anti korupsi, kebebasan media dan kebebasan bercakap seperti yang mereka uar-uarkan. Sebaliknya, kumpulan ini hanya mahu menjatuhkan BN menggunakan elemen-elemen ini menarik sokongan pengundi.

Sebahagian mereka membenci BN kerana mahukan kesamarataan. Mereka ini sudah tidak lagi mahu mendengar sebarang penjelasan mahu pun sebarang kebenaran jika ia berpihak kepada BN.

Sebahagian lagi mereka yang taksub untuk melihat Anwar menjadi Perdana Menteri demi habuan dan keuntungan material dan politik. Mereka juga akan menyalahkan semua orang kecuali Anwar Ibrahim.

Sikap kumpulan ini dapat dilihat jelas dalam beberapa isu terutamanya cadangan Anwar untuk membentuk kerajaan pada 16 September 2008.

Mereka bersorak dan bergembira melaungkan slogan bahawa era baru permulaan demokrasi, dunia yang lebih terbuka, kerajaan yang adil, anri korupsi, freedom of speech dan kebebasan media.

Mereka tidak pula menimbulkan isu moral mahu pun prinsip demokrasi ketika Anwar berusaha menarik Ahli Parlimen BN berhijrah ke PKR. Mereka jjuga mengangkat wakil rakyat Bota, YB Nasaruddin sebagai pejuang rakyat, wira demokrasi apabila beliau melompat dari BN ke PKR.

Anehnya kumpulan yang sama yang hari ini memaki hamun Sultan, Mahkamah dan BN kerana ada tiga orang ADUN mereka keluar dari PKR dan DAP menjadi ADUN bebas.

Maka mereka mula bercakap kononnya rakyat memilih wakil rakyat-wakil rakyat yang melompat ini atas lambang parti mereka dan menggesa diadakan pilihanraya negeri semula.

Inilah ahli-ahli politik bertaraf "pariah" dalam sistem demokrasi. Mereka tidak boleh menjadi pemimpin besar.

Jika mereka menang mereka bersorak gembira. Jika mereka berkuasa mereka berhak memegang kuasa. Apabila orang lain berkuasa maknanya ada penipuan atau salah guna kuasa.

Demikian juga jika mereka menuduh pemimpin UMNO rasuah maka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memastikan orang ini bersalah. Jika pemimpin BN yang mereka tuduh tidak bersalah ini bermakna SPRM menjadi alat BN.

Namun jika SPRM menyiasat kes pemimpin mereka, dengan cepat mereka mendakwa SPRM menjadi alat BN. Hakikatnya lebih ramai pemimpin BN yang didakwa rasuah oleh SPRM berbanding pemimpin mereka, tidak mereka pedulikan.

Ada lagi alasan mereka. Jika ada mana-mana pemimpin BN yang didakwa maka mereka membuat pula "fatwa" baru. Ini semua kerana pemimpin tersebut sudah tidak dikehendaki oleh pemimpin utama BN. Sebab itu orang itu kena.

Mereka tidak peduli jika BN memang mengenepikan orang ini kerana tahu ia telah melakukan kesalahan dan akan diambil tindakan.

Jadi bagi kaca mata mereka SPRM hanya bebas jika semua pemimpin utama BN didakwa di Mahkamah dan didapati bersalah.

Ini adalah fahaman Anwarisme sejak Anwar berada di dalam UMNO dahulu. Anwar mewujudkan keadaan bahawa hanya beliau yang bersih, baik, jujur berkebolehan.

Sebarang tuduhan atau dakwaan ke atasnya adalah berniat jahat, direka-reka sengaja untuk menghalang usaha beliau melakukan penerapan nilai-nilai Islam (pada tahun 80-an dan awal 90an) dan pembaharuan masyarakat madani/civil society (pada akhir 1990an.) dalam UMNO dan kerajaan.

Penulis masih ingat Anwar sebagai pejuang Islam nombor wahid dalam UMNO, ABIM dan di kalangan cendekiawan Islam pada 1980an tidak berani sama sekali menyahut cabaran penulis politik Yahya Ismail untuk bersumpah bahawa Anwar tidak pernah menerima wang hasil dari syarikat judi untuk kerjaya politiknya.

Anwar menggunakan pelbagai alasan agama untuk mengelak cabaran tersebut.

Apabila beliau sekali lagi tersepit pada tahun 1997 dan 1998, beliau menggunakan segala pengaruhnya untuk mempengaruhi beberapa pegawai polis agar "gempaq" saksi-saksi dalam kes liwat dan koruspi beliau.

Dalam masa yang sama beliau mula menjual mantera-mentera yang sedap di halwa telinga orang ramai dan barat.

Beliau bercakap soal anti kronisme (walaupun penyokong beliau paling banyak mendapat projek) dan nepotisme (walaupun IOI dianugerahkan 3/4 Puchong untuk dibangunkan kerana bapanya dilantik pengerusi di situ) dan kebebasan media (walaupun beliau menguasai hampir keseluruhan media utama negara ketika itu kecuali surat khabar NST dan RTM).

Anwar terkenal sebagai seorang pemimpin politik yang berkebolehan bercakap lain dan buat perkara yang bertentangan sama sekali dengan apa yang beliau cakap dan masih mampu meraih kepercayaan ramai orang yang melihat secara luaran semata.

Mungkin jalan terbaik untuk SPRM ialah jangan mengambil peduli apa sahaja laporan dan dakwaan mengenai korupsi kumpulan Anwar ini kerana mereka semua merupakan kumpulan manusia yang maksum dan tidak berbuat apa-apa salah.

Sunday, May 17, 2009

RAKYAT DAH JEMU

IPOH, 17 Mei – Suasana politik yang masih berlarutan ekoran polemik panjang yang berlaku di Negeri Perak sesungguhnya meresahkan hinggakan bukan sahaja masyarakat tempatan sebaliknya rakyat di negeri-negeri lain juga sudah mula jemu dengan situasi yang dijadikan bagai satu permainan dan sandiwara semasa.

Lantaran itu, berikut dipaparkan antara luahan hati rakyat (kiriman melalui e-mel) yang ingin dikongsi bersama agar keresahan dan kebimbangan berlarutan dapat ditamatkan dalam tempoh yang segera:

Rakyat Perak mahukan jaminan ekonomi disaat dunia diselubungi kegawatan ekonomi dunia, diburukkan lagi dengan pandemik selsema H1N1 termasuklah dua kes terbaru yang turut menjangkiti pelajar negara ini. Bagi setiap insan yang meneruskan kehidupan apa yang penting adalah rezeki halal yang mencukupi boleh dibawa pulang untuk dinikmati bersama keluarga masing-masing.

Fikirkanlah, jika ekonomi Perak jatuh dan pelabur serta peniaga menjauhkan akan diri mereka dari Perak, apakah nasib yang bakal melanda semua rakyat Perak? Apa akan jadi diketika itu?

Peniaga dan pelabur menjauhkan diri apabila mereka merasa tidak selamat berniaga di sini. Bagaimana keadaan tidak selamat ini boleh timbul?

Sesungguhnya, majoriti rakyat Perak tidak terbabit dengan perhimpunan haram tanpa permit, rusuhan dan tunjuk perasaan, apatah lagi, sebagai rakyat Malaysia tentunya cukup waras dan berhemah menjaga keamanan dan keharmonian negeri tumpah darah sendiri, kerana sedar dan tahu jika tidak dijaga keamanan negeri maka, ekonomi akan rebah menyembah bumi dan keselamatan diri termasuklah anak-anak akan terancam!

Sudahlah begitu, bukan setakat kampung halaman tetapi juga di sinilah rumah, tempat bekerja dan tempat anak-anak bersekolah.

Lantaran itu, setiap kali parti-parti politik PR menghadapi kemelut politik maka mereka mengheret rakyat ke jalanan. Majoriti rakyat yang diheret untuk menunjuk perasaan di jalanan bukanlah anak jati Perak. Bermula dengan tunjuk perasaan secara aman boleh berakhir dengan suatu rusuhan. Siapa boleh memberi jaminan rusuhan tidak akan terjadi lagi?

Mereka ini terdiri dari kalangan pemimpin-pemimpin PR dan penyokong-penyokong PR yang diimpot masuk ke Perak dari segenap pelusuk negara.

Jika diamati, rakyat Malaysia yang merusuh ini majoritinya adalah golongan Melayu, masyarakat Bumiputera yang diimpot masuk oleh PR ke Perak; pada hari yang sepatutnya mereka ini bekerja untuk keluarga mereka.

Rakyat Perak memang nampak jika sebilangan kecil penyokong-penyokong import ini menjadi tidak terkawal dan memulakan rusuhan akibatnya kesemua yang berarak akan terpalit sama dan kesannya kepada ekonomi dan keamanan negeri Perak tidak boleh diundurkan lagi.

Setelah berlaku kekacauan penyokong-penyokong import ini akan pulang ketempat masing-masing dan meneruskan kehidupan mereka.

Rakyat Perak yang bakal berhadapan dengan kesannya dari segenap sudut baik sosial, ekonomi mahupun politik!

Pemimpin-pemimpin PR akan berselindung disebalik pembelaan politik mereka dengan mengatakan perasaan rakyat tidak boleh dibendung lagi. Persoalannya, adakah rakyat yang menganjurkannya ataupun ahli-ahli politik ini. Siapa yang membakar semangat mereka?

Apa yang penting di sini adalah sikap dan tanggungjawab yang sebenar. Seorang pemimpin ulung tidak akan sanggup memperjudikan sosio ekonomi dan keamanan demi menjamin pegangan kuasa mereka dengan memperkudakan rakyat sebagai tunggangan mereka.

Ketahuilah bahawa rakyat Perak bukan dungu seperti yang disangka dan tidak semudah itu untuk diperkotak-katikkan. Rakyat tahu hak untuk mengundi apabila tiba masanya. Biarlah rakyat tentukan pada pilihan raya umum siapakah yang akan kami pertanggungjawabkan untuk menjadi pemimpin.

Usah jadikan rakyat seperti lembu dicucuk hidung yang sentiasa mengikut kehendak para pemimpin PR semua yang rakus untuk berkuasa.

Siapapun yang menjadi kerajaan dan siapapun yang menjadi pembangkang… fikirkanlah kebaikan seluruh rakyat negeri Perak. Perkasakan ekonomi, pertingkatkan keamanan dan kegiatan perniagaan di sini.

Tidak perlu sesiapapun “brain wash” rakyat Perak untuk mendesak bagi suatu pilihan raya seluruh negeri diadakan. Pilihan raya bukan percuma!

Duit kerajaan akan digunakan. Anggaran perbelanjaan pilihan raya setiap DUN adalah RM360,000 sekurang-kurangnya. Ada 59 DUN memerlukan sekurang-kurangnya RM21,240,000 untuk dibelanjakan. Ini tidak termasuk perbelanjaan setiap parti politik yang bertanding.

Duit ini datangnya dari rakyat. Belanjakanlah ia sebaik-baiknya untuk rakyat. Ramai rakyat yang hidup susah… mempunyai hutang tertunggak, menghadapi risiko diberhentikan kerja atau tiada lagi “overtime” akibat kegawatan ekonomi dunia. Gunakanlah duit ini sebaik-sebaiknya sebagai contoh untuk membantu anak yatim, orang kurang upaya, ibu tunggal dan tidak ketinggalan bapa tunggal.

Janganlah tuan-tuan, Dato’-Dato’, Dato’ Seri-Dato’ Seri dan Tan Sri-Tan Sri ini semua memikirkan tembolok sendiri dalam kerakusan berebut kuasa menjadi MB Perak.

Bersikaplah secara dewasa dan berfikirlah dengan matang. Apa yang lebih penting adalah langkah-langkah berkesan yang diambil oleh pemimpin-pemimpin yang telah dipilih dan berstatus Ahli Dewan Negeri Perak dalam memperkasakan ekonomi baik dari sudut makro mahupun mikro untuk rakyat Perak.

Rakyat ada mata dan masih boleh melihat. Ada telinga dan masih boleh mendengar. Dikurniakan akal fikiran dan masih waras untuk membuat keputusan.

Rakyat Perak tahu memilih dan kini gunakanlah masa untuk mula bekerja demi mengutuhkan ekonomi dan keamanan negeri ini. Rakyat akan lihat dan nilaikannya dipilihan raya umum akan datang.

Bertindaklah dengan waras sebagai seorang pemimpin yang berhemah. Jangan berselindung disebalik kata-kata “I am an Assemblyman” tetapi selepas itu bertindak bagai budak nakal menjerit, mengoyak kertas ucapan, memanjat kerusi meja dan bergaduh seperti yang berlaku dalam persidangan 7 Mei lalu.

Tidak malu!

Akhir kata kepada semua Ahli Dewan Negeri Perak, rakyat Perak mengingatkan “We are not stupid and we are watching you!”

SUMBER: umno-online.com

Wednesday, April 29, 2009

Cerita Pak Habib Untuk Dikongsi Bersama

DARI JANDA BAIK KE LAUT CINA SELATAN


Pada hari Jumaat 27 Februari, saya sedang duduk di beranda rumah saya di Janda Baik. Sambil itu saya perhatikan pohon-pohon yang telah saya tanam.

Bagi saya ia adalah sesuatu yang sangat mengembirakan, kerana pohon-pohon yang saya tanam, ada yang sudah berbuah, ada yang berbunga lebat mengharumkan taman bagi pelawat Taman Hana Wadi Hussien. Tidak cukup dengan itu, ada juga pohon yang saya tanam yang telah kuat, tinggi, dan memberikan keredupan disamping hembusan angin yang nyaman.



Namun begitu yang paling menarik hati saya adalah pohon-pohon yang menarik perhatian burung-burung dan rama-rama. Sambil melihat burung yang berbagai warna dan rupa, saya dengar juga mereka berkicauan, dan aluan bunyi-bunyian yang mereka nyanyikan begitu indah sekali bila dipadukan dengan bunyi air sungai yang mengalir.

Sambil memegang secawan kopi jahe dari Surabaya yang aromanya memenuhi ruang minda saya seakan akan terasa hanyut dalam fikiran. Hebat benar Allah yang menciptakan dunia ini, begitu indah buat manusia, namun tangan-tangan manusia yang tidak bertanggung-jawab boleh mengakibatkan kucar-kacir. Bila mana saya memikirkan keindahan alam dan peranan manusia untuk bercucuk tanam dan memakmurkan alam ini, saya hampir-hampir terlupa akan penyakit Chikunkunya yang saya deritai. Sudah lebih sebulan ia datang dan pergi, namun belum ada tanda-tanda yang ia mahu pergi buat selamanya. Saya harus mengatakan, virus Chikunkunya yang saya deritai ini sangatlah menyiksakan, lebih-lebih lagi pada umur begini, namun begitu pengajaran yang saya mampu pelajari darinya, mungkin tidak ternilai.

Saya dapati bahawa virus adalah seperti kejahatan yang mesti kita perangi tanpa toleransi, jika kita tidak berjaya menewaskanya secara total, maka ada kemungkinan yang ia juga berehat, menguatkan diri lalu bersiap untuk mengunyah kita kembali. Saya pelajari erti kesabaran, seperti kata Nabi Ya’kub dalam Surah Yusuf, sabrun Jamil, kesabaran itu indah? Saya tertanya-tanya, bagaimanakah Nabi ini, seorang manusia biasa mampu mengatakan sabar itu indah bila baginda telah kehilangan anaknya Yusuf yang paling dikasihi?

Bila memikirkan kisah Yusuf yang ditulis indah seperti sebuah novel dalam Al-Quranul karim, saya mula ternampak, sedikit demi sedikit erti kata sabar itu indah. Baginda Nabi Yusuf yang dikurniakan kehebatan menafsir mimpi, kepandaian aqal dan juga wajah yang handsome ini ditakdirkan Allah untuk menjadi seorang yang hebat dalam hidupnya.

Dan sesungguhnya Tuhan memang ada jadualnya yang tersendiri. Kisah Nabi Yusuf ini menarik minat saya kerana Baginda mempunyai abang-abang yang sangat irihati terhadapnya. Baginda terpaksa melalui berbagai rintangan dan halangan, dibuang ke perigi, lalu dijual sebagai hamba. Diuji lagi dengan kasih Zulaikha, lalu sanggup ke penjara, namun bila sudah jadual Allah tiada yang mampu menghalang kejayaan Baginda. Kehebatan menafsir mimpi menunjukkan bahawa Nabi Yusuf mempunyai A beautiful Mind, disamping rancangan beliau apabila akhirnya saudara- saudaranya yang iri hati terpaksa mengakui kehebatan beliau. Mungkin ini yang dikatakan jadual Allah.

Sabrun jamil, itulah tema Surah Yusuf. Konsep sabar ini penting kerana ia lebih dari menahan tohmahan, serangan mulut dan sebagainya, bahkan kesabaran inilah yang diperlukan satu-satu individu demi berjaya, iaitu sabar sehinggalah cita-cita mampu tercapai.
Saya amat tertarik dengan tema pemuda dalam Al-Quran ini. Saya suka baca kisah Ashabul kahfi tentang belia yang melarikan diri daripada Raja yang zalim lalu Tuhan menyelamatkan mereka didalam gua, ditidurkan selama 309 tahun. Begitu juga Talut yang mengetuai kumpulanya melawan askar-askar Jalut. Keberanian dan idealisme dalam pemuda mampu menggegarkan negara, jika tidak dunia. Di Malaysia saya telah mengikuti kisah Pemuda sejak dulu lagi. Saya tuliskan buku Pemuda di zaman Mahathir pada 1982, meletakkan wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelah Datuk Seri Najib.

‘Berikan aku seribu orang tua, dan aku mungkin bisa bercucuk tanam di atas gunung, tapi berikan aku sepuluh pemuda, akan aku gegarkan dunia” - Sukarno.

Hari ini kedua-dua Pemuda di zaman Mahathir ini mewarnai corak politik negara. Pada 2004, di zaman Pak Lah pula saya menggandingkan Khairy Jamaluddin dan Mukhriz Mahathir, maka kita harus memikirkan, ke manakah Pemuda akan membawa negara Malaysia? Mungkin ramai yang tidak nampak, tetapi perang antara Khairy dan Mukhriz ini, lebih dari sekadar petandingan memilih Ketua Pemuda, ia adalah pertandingan memilih antara dua sistem. Ia lebih dari perang antara Mahathir dan Pak Lah, kalau saya boleh menyebutnya, ia adalah perbezaan diantara ideologi Pak Lah dan Mahathir.

Pemilihan ini akan menguji sama ada UMNO sedia untuk menghadapi cabaran di era langit terbuka, di mana rakyat sedang melalui proses kematangan dalam politik. Pemuda harus membuat pilihan, sama ada mengekalkan sistem command and control seperti zaman Mahathir, yakni menyekat kebebasan media, mengetatkan auku, dan juga menjadikan urusan UMNO seperti urusan keluarga, atau adakah UMNO sedia untuk meneruskan dengan keterbukaan era Pak Lah? Keterbukaan Pak Lah ini mungkin telah makan diri sekiranya kita memandang bagaimana projek Islam Hadhari tidak menjadi akibat kedangkalan pemikiran sesetengah pihak.

Juga kalau kita perhatikan bagaimana permainan busuk hati bloggers yang bermain dengan cerita rekayasa, seperti hikayat Khairy, cerita dogeng yang disiarkan di Malaysia today, namun niat dibelakangnya begitu kejam sekali. Juga jangan lupa pada peranan Mahathir yang terus-menerus menyerang Pak Lah sedangkan dia sendiri sudah bukan lagi menduduki kerusi Perdana Menteri. Tidak cukup dengan serangannya melalui blog dan ceramahnya, Tun sanggup mengunakan Mukhriz sebagai mouthpiece demi menjatuhkan Khairy Jamaluddin yang dijadikan kambing hitam (scapegoat).

Pada hari ini, mungkin ada yang menyangka saya tidak bertimbang rasa, menjadikan Tun Mahathir yang sudah tua sebagai sasaran. Mungkin mereka tak tahu, Melayu mudah lupa, Mahathir mudah lupa. Bagaimana Tun diserang habis-habisan oleh kaki kacau zamannya yang bergabung dengan pembangkang. Cuba baca balik dua bab yang saya siarkan dalam buku ini, Post skrip dan juga Ulama melihat tikus lebih besar dari gajah. Terbukti, sejarah berulang lagi, Anwar melakukan benda yang sama, yang berbeza hanyalah pakaian. Kalau dulu wujud Semangat 46, hari ini PKR. Saya sebagai penulis sekadar mendokumentasikan disamping mengingatkan supaya apa yang berlaku di zaman Mahathir, di zaman Pak Lah tidak akan berulang di zaman Najib.

Seperti kata Datuk Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan, yang merosakkan UMNO adalah ahlinya sendiri. Kita berada di zaman era langit terbuka, bilakah Melayu nak buang perangai hasad dengki dan menjadikan semua pemuda bijak pandai sebagai Hang Nadim, sedangkan yang perlu dibuang ke laut adalah penderhaka seperti si tanggang?

Perhatikan bagaimana di era Pak Lah, kabinetnya sendiri menghantar memorandum kepada beliau, dan orang-orang Mahathir yang kekal menimbulkan masalah dengan isu AP dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu, wujud pihak seperti Mukhriz yang mahukan Pak Lah meletak jawatan, di samping Anwar yang melakukan political stuntnya dengan janji kosong 16 September.

Sukar mahu menyangkal di sini bahawa Pak Lah merupakan mangsa permainan kaki kacau. Akan tetapi hebatnya Pak Lah di sini apabila beliau tetap consistent, atau istiqamah dengan dasar keterbukaan.

Lihatlah Pemuda yang telah dihasilkan di zaman Pak Lah dan kita akan kagum, bagaimana Khairy Jamaluddin sanggup masuk ke kubu kuat PAS demi bermuzakarah dengan Datuk Husam. Dasar keterbukaan ini mungkin membawa padah kepada cita-cita politik Pak Lah, tetapi dari awal lagi, Pak Lah telah mengatakan dia tidak ambitious, tidak pernah meminta untuk menjadi Perdana Menteri.

Dasar keterbukaan ini mungkin bahaya pada peringkat pertama, diketika pemikiran rakyat masih lagi geram dengan minda Utusan Malaysia atau mana- mana lagi media kerajaan dan akan terima apa sahaja kata bloggers dan media alternatif. Tapi lama kelamaan, rakyat Malaysia akan mula matang dengan pemikiranya dan akan lebih bertangungjawab dalam pemilihan.

Di Mukadimah saya menulis tentang sistem dwi parti yang akan gagal kerana ia mampu memecah-belahkan negara bila semangat musyawarah tidak ditanam. Namun Islamisation terhadap sistem dwi parti ini mungkin mampu menghasilkan sebuah yang baik sekali untuk negara, seperti muzakarah Khairy dan Datuk Husam itu tadi. Dan yang terbaru apabila beliau menyahut cabaran Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub untuk mendebatkan PPSMI.

Rakyat yang pemikiran politiknya lebih matang akan mampu memastikan keberkesanan dalam pentadbiran. Akan wujud kembali raja adil raja disembah dan raja zalim raja disanggah. Akan tetapi lain pula pendekatan UMNO Mahathirism yang mengutamakan command and control. Mereka mahukan pemilihan UMNO jadi urusan parti, terlupa bahawa ahli Pemuda UMNO hanyalah 700 000, sedangkan Pemuda di seluruh Malaysia melebihi 7 juta. Inilah yang dikatakan a state within a state.

Kata Khairy dalam interviewnya bersama Nutgraph, UMNO perlukan lebih inclusivity. Andaikata lebih ramai lagi belia yang menjadi ahli UMNO, UMNO akan jadi parti yang lebih relevan kepada Melayu dan Malaysia.

Bila Barisan Nasional menghadapi kekalahan terburuk dalam sejarah pada March 2008, mereka harus sedar tentang keangkuhan kuasa bahawa pada hakikatnya manusia tidak berkuasa, dan bila-bila sahaja Tuhan mampu mengambilnya. Musa Hitam mengatakan UMNO adalah parti tua dan sakit tenat, tetapi terlupa yang tenat, yang tua dan yang membawa masalah adalah ahli-ahli yang bertindak sebagai virus.

Musa Hitam dulu Timbalan Perdana Menteri, merajuk dan letak jawatan. Nak tahu siapa Musa, baca Musa derhaka dan juga Challenger siapa lawan siapa. Dulu waktu Pak Lah berkuasa, berlagak jadi penasihat Pak Lah, sekarang bila Pak Lah nak turun bagaimana sikapnya? Berhentilah jadi kaki kacau di zaman Najib.

Kalau ada 3 musketeers di zaman Mahathir, di zaman Najib juga akan ada 3 musketeers yang melindungi institusi UMNO. KJ selaku d’artagnon, apakah Datuk Norza Zakaria, ahli EXCO yang paling lantang akan berdiam diri, begitu juga Syed Ali Al-Habshee the president man?

Pada kejadian ini, tidak kira sama ada rakyat mengundi Pakatan Rakyat sebagai undi protes terhadap Barisan, mahupun mereka sudah bertukar haluan, akan tetapi yang penting adalah agar UMNO/Barisan terus relevan, mereka harus selangkah dengan kemahuan rakyat pada era ini.

Rakyat tidak mahukan lagi sebuah parti politik yang beri wang salah tak beri wang kalah, tidak mahu lagi parti yang mengutamakan ahli politiknya keatas rakyat. UMNO dulu tidak selalu begitu, satu ketika dulu, ia merupakan sebuah parti yang mengutamakan kemasalahan rakyat, pertandingan merupakan pertandingan untuk menyenangkan rakyat. Akan tetapi bila UMNO sudah dijangkiti virus struggle for power ini, ia seakan-akan terkena virus Chikukunya yang susah benar mahu betul-betul pulih darinya. Ia hanya mampu dipulih dari dalam, kerana antibiotik dari luar hanya akan menguatkannya. UMNO hari ini beruntung, kerana lawannya iaitu Pakatan Rakyat pun mempunyai masalah dan keretakan ideologi, akan tetapi mereka harus sedar rakyat yang sudah fed-up akan mencari parti yang mampu memberi keperluan mereka.

Ingatlah, Barisan sekarang berada dalam keadaan tertekan, selepas Mac 2008, Kuala Terengganu, Barisan semakin tertekan, dan sekarang wujud pula kata-kata yang Bukit Gantang dan Bukit Silambau akan menjadi medan perhakiman.

Bila Najib Tun Razak nanti mengambil teraju pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional, UMNO akan diberikan peluang baru untuk memperbaharui kepimpinan rakyat. Ia diharapkan ajaran dan semangat Tun Razak akan hidup di dalam Datuk Seri Najib Tun Razak. Akan tetapi Najib harus fikirkan juga, apakah nasib UMNO/Barisan akan datang, adakah ia akan tetap mempunyai daya saing?

Sudah 27 tahun sejak saya menulis Pemuda di zaman Mahathir. Kalau ada suatu pengajaran yang mampu saya sampaikan, ia adalah politics is the game of the possible, macam-macam boleh berlaku dalam sekelip mata. Sudah hampir 6 Perdana Menteri Malaysia, 3 darinya merupakan Ketua Pemuda, dan 3 darinya bukan. Ramai Ketua Pemuda yang hebat-hebat seperti Datuk Haron dan Datuk Jaffar Albar tidak pun menjadi Perdana Menteri. Begitu juga Tun Saadon dan Datuk Senu. Sementara itu, Rahim Tamby Chik pula terpaksa berhenti sebagai Ketua Pemuda, Syed Hamid Albar pula pernah bertanding tapi menarik diri di saat-saat akhir. Mungkin dia tidak sehebat ayahnya, Singa UMNO.

Mudah-mudahan mereka yang seperti kereta chasis bengkok pergilah cermin diri. Belajar sedar diri. Sudah tak relevan untuk zaman Najib, berilah peluang bagi darah muda. Jangan sampai orang katakan ‘awak sudah tertinggal bas,antara sebab awak susah sangat hendak menang, selain tidak mesra rakyat,sama sekali tidak mesra penulis yang menjadi mata, telinga dan suara rakyat. Kalau penulis-penulis semua tidak senang dengan awak tu, sendiri punya diri sendiri mahu ingatlah’

Khairy Jamaluddin berkata seandainya dia kalah pemilihan kali ini, dia mahu Pemuda bersatu. Dia akan menyokong siapa saja yang menang dan merapatkan Barisan. Inilah sifat-sifat Sabrun jamil, kesabaran itu indah. Beliau sudah pun melalui berbagai-bagai ujian, jalan memang tidak mudah bagi sang pejuang. Bak kata Pak Lah, ia hanya sebuah permainan. Yang penting, kukuhkan Pemuda.

“Jangan ambil hati terhadap apapun, kerana semua itu adalah permainan. Dan ia bukannya pun mengenai kehidupan mu. Itu bukan hidupmu. Hidupmu adalah keluargamu, hidupmu adalah kesejahteraan dirimu sendiri. Itu semua adalah satu permainan, permainan di mana anda turut terlibat di dalamnya kerana anda mahu melakukan sesuatu untuk negara. Dan malangnya, untuk membantu negara, anda terpaksa menjadi sebahagian daripada permainan ini. Anda boleh berhenti bermain bila-bila masa pun sekiranya anda mahu dan meninggalkan sahaja permainan ini. Bukan ada orang pun yang menyuruh anda turut sama menyertai permainan ini. Anda turut sama berada dalam permainan ini kerana kemahuan dan pilihan anda sendiri”

- Pak Lah

Sehabisnya episod pemikiran saya ketika dibawa aroma kopi jahe Surubaya, dari balkoni tingkat atas kamar tidur saya, saya pun turun ke bawah, ke tepi sungai. Saya perhatikan air yang mengalir jernih dari hulu Sungai Pahang yang sedang menuju ke Kuala Sungai Pahang, terus ke Laut Cina Selatan.

Perjalanan hidup yang seperti anak sungai yang berliku-liku mengambil waktu yang sangat panjang untuk ke destinasi yang di tuju. Begitulah perjalanan Datuk Najib yang saya kenal 27 tahun dahulu ketika beliau memegang jawatan Naib Ketua Pemuda dan Anwar Al-Gujerati menjadi Ketua Pemuda.

Dengan pantas sekali waktu berlalu akhirnya Anwar yang menjadi Timbalan Perdana Menteri, lalu tersungkur ke Penjara Sungai Buloh. Tuhan tidak pernah zalim. Allah Maha Mengetahui namun Anwar tidak mahu belajar, tidak ada sifat Sabrun jamil. Kini Najib sudah menjadi Presiden UMNO dan insya-Allah menjadi Perdana Menteri.

Di saat ini, saya pasti Datuk Najib sudah letih, sudah penat, saya juga penat, tetapi hidup mesti diteruskan. Dunia adalah sebuah pentas sandiwara, siapa kalau bukan Tuhan yang menjadi pengarahnya. Tiba-tiba saya teringat kata-kata Rocky Balboa lakonan Sylvester Stallone, filem yang saya tonton bersama anak saya Habeeb Oumar Al-attas di TV. Barangkali kata-kata semangat ini boleh diguna pakai oleh Najib, Pemuda, dan siapa sahaja yang ingin berjaya di dalam hidup termasuk saya sendiri. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri. - Al-Quran.

Dunia ini bukanlah hanya berkenaan sinaran suria dan pelangi. Ia adalah sebuah tempat yang kejam dan ada kalanya zalim, dan ia tak peduli anda segagah mana sekalipun, ia akan memukul anda sehingga ke lutut dan membuatkan anda berlutut selamanya, jika anda membenarkan ianya berlaku sedemikian. Anda, saya atau sesiapa sahaja, akan memukul anda sekuat kehidupan. Ia bukannya mengenai betapa kuat anda boleh memukul tetapi betapa kuat anda akan dipukul, tetapi masih boleh maju tanpa menyerah kalah. Itulah cara bagaimana kemenangan diperolehi. Oleh itu, sekiranya anda rasa anda kuat, keluarlah dan buktikan kekuatan anda. Tetapi anda harus sanggup menerima segala pukulan. Dan bukannya menuding jari dan mengatakan: Anda gagal menjadi orang yang anda mahu jadi akibat angkara orang lain. Hanya sipengecut saja yang melakukan sedemikian!

The world aint all sunshine and rainbows. Its a very mean and nasty place, and i dont care how tough you are, it will beat you to your knees and keep you there permanently, if you let it. You,me or nobody, is gonna hit you as hard as life. Buy ain’t about how hard you hit, its about how hard you can get hit, and keep moving forward.

How much you can take, and keep moving forward. Thats how winning is done. Now, if you know what you’re worth, go out there and get what you’re worth. But you gotta be willing to take the hits. And not pointing fingers saying: You ain’t what you wanna be because of him or her or anybody. Cowards do that and that ain’t you! You’re better than that!”.

- Rocky Balboa

Saya akhiri buku ini dengan kata-kata:

Mengkritik tidak bererti menentang
Memuji tidak semestinya menyokong
Menegur tidak bermakna membenci
Dan berbeza pendapat adalah
kawan berfikir yang baik.

Saturday, April 11, 2009

WWW.PROKHAIRY.COM DICEROBOH OLEH PIHAK YANG TERTUTUP MINDANYA

Nampaknya, sejak kebelakngan ini sudah ada pihak-pihak tertentu yang cuba mengembalikan kaedah dan cara lama, yang bertujuan untuk mengongkong kebebasan bersuara seperti yang diamalkan pada zaman TunM dahulu. 

Mungkin ramai pihak yang benci dengan TunLah apabila beliau membuka selebar-lebarnya pintu demokrasi dan kebebasan bersuara, sehingga KJ yang merupakan menantu beliau, dikerjakan sepuas-puasnya oleh bloggers hantu, namun sedikitpun tidak diendahkan leh TunLah.

Kini, apabila prokhairy yang hanya menulis tentang keihklasan KJ menyokong PM baru ni, dan menerima suratan takdirnya dengan tabah, dan mengajak semua rangkaian setiakawan agar turut bersabar, laman web BroJinggo telah digodam sehingga menjadi laman web travel agency.

Nampaknya, ahli keluarga legasi UMNO ini benar-benar ingin menghapuskan kewujudan pemimpin-pemimpin muda yang berkelayakan, dan berkepimpinan, agar hanya keluarga mereka boleh memimpin Malaysia.

Jangan sampai ahli-ahli UMNO bukan bangsawan yang berada dibawah menganggap diri mereka ini seperti Anjing yang sentiasa mengharapkan sesuatu yang baik dari tuannya....

Fikirkanlah yang berada di atas...